Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
CINTA ADAM DAN HAWA
Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan.
Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Dia merasa kesepian, lama sudah. Dia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian, Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Dia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.
Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.
Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa, Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. Adam terjaga....!
Alangkah terkejutnya Adam a.s ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Dia seolah tak percaya pada penglihatannya. Adam a.s masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna.
Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Hawa adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana dia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.
Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam. Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Dia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Dia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya.
Dia yakin tidak salah pandang. Dia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Dia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Dia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam terpikat Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga.
Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam.
Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak menghulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. Perkahwinan Adam dan Hawa Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.
Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Malaikat dan para bidadari berdatangan Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar. Mahar perkahwinan Adam Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar.
Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya.
Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.
Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)
Jalan Mukmin Menuju Ke Syurga
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap orang mukmin perlulah meningkatkan amalannya setiap hari sebagai persiapan untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Perbanyakkanlah bekalan pahala dan kebaikan semoga memudahkan kita menghadapai kehidupan di alam barzakh dan hari akhirat yang penuh kesukaran dan penderitaan. Majoriti manusia akan mengalami azab sengsara yang amat dahsyat ketika berada di alam barzakh , Padang Mahsyar, Mizan (timbangan amal) dan meniti di siratul mustakim. Hanya para mukmin yang terpilih sahaja akan dipermudahkan Allah S.W.T. menghadapai perjalanan kehidupan selepas kematiannya. Bagaimana seorang mukmin yang diredai Allah, ketika berada di alam barzakh seperti duduk di taman-taman syurga, disoal siasat oleh Munkar dan Nakir dengan mudah, diberi kerehatan sementara menanti hari kiamat. Bila berlaku hari kiamat dia termasuk golongan yang dirahmati Allah S.W.T mendapat perlindungan Arasy, diberi minum air daripada kolam (khaudh) Rasulullah S.A.W. tidak dahaga sampai bila-bila dan meniti siratul mustakim pantas seperti kilat.
Alangkan bahagianya para mukmin seperti ini, apakah amalan yang dilakukan ketika di dunia hingga dia mendapat status 'VVIP' disisi Allah S.W.T?
Pasti ada tip-tip yang diamalkan semasa di dunia hingga dia mendapat kemulian seperti ini. Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. terdapat beberapa jalan yang diamalkan dan dihayati akan memudahkannya mendapat rahmat dan keredaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat.
Jalan-jalan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Menuntut ilmu yang bermanfaat. (Ilmu tauhid, ilmu fekah dan ilmu tasauf)
Menuntut ilmu adalah suatu bentuk jihad. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan niat ingin menuntut ilmu, para malaikat akan mengiringinya sambil menghamparkan sayap-sayap mereka, dan orang itu akan berjalan di atas sayap-sayap para malaikat. Seandainya dia mati dalam perjalanan, matinya itu adalah mati syahid.
Firman-Nya yang bermaksud:“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Surah al-Ankabut ayat 69)
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Sesiapa yang pergi menuntut ilmu, Allah akan melorongkan untuknya laluan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu kerana sayangnya para malaikat kepada para penuntut ilmu itu." (Riwayat Ahmad no.18577, al-Tirmizi no.2898, Abu Daud no.3643, Ibn Majah no. 228)
Nabi S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”
Para malaikat akan mengerumuninya dan bertimpa-timpa hingga sampai ke Arasy. Apabila malaikat-malaikat ini kembali kepada Allah dengan laporan mereka, Allah akan menyebut nama-nama orang di majlis itu dan ibu bapa mereka dengan bangganya di dalam perhimpunan para malaikat.
Orang-orang yang berhimpun dalam majlis ilmu dan majlis zikrullah akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. Bukan setakat itu saja, dosa ibu bapa mereka juga akan diampunkan. Penghuni langit melihat majlis-majlis ilmu dan majlis zikrullah di bumi ini bersinar seperti kita melihat bintang-bintang yang berkilauan di langit.
Disebabkan ramainya Malaikat yang mengerumuni majlis dan rahmat yang melimpah akibat daripada kehadiran mereka, ia menjadikan majlis ilmu adalah sebuah majlis sakinah (ketenangan). Ketika para sahabat r.a menghadiri majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, suasana menjadi sungguh tenang hinggakan burung-burung datang dan bertenggek di atas bahu dan kepala mereka tanpa sedikit pun rasa takut.
Dengan rahmat ini juga, Allah membersihkan dan melembutkan hati manusia di sekeliling dan memberi hidayah kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”
Kedua : Mengamalkan ilmu yang dipelajari.Orang mukmin akan mengamalkan ilmu yang dia miliki dan akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang mukmin yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya.
Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
(Surah al-Kahf, ayat 13)
Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketakwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Surah al-Anfal, ayat 29)
Ketiga : Beramal dengan penuh keikhlasan kepada Allah S.W.T.
Keikhlasan niat ialah supaya segala sesuatu kita kerjakan adalah semata-mata kerana Allah dan bukan untuk mendapatkan sanjungan atau pujian dari makhluk. Apa yang kita lakukan hendaklah dengan niat untuk mencari keredaan Allah S.W.T, bukanlah dengan niat mendapat keduniaan dan bukan pula kerana riak.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu."
Dengan ini jelas Allah meliaht hati manusia untuk menilai dan menentukan amal ibadat yang sebenarnya. Sesungguhnya ikhlas itu roh atau jiwa sesuatu amalan. Sesungguhnya sesiapa yang beramal tanpa keikhlasan di dalamnya maka amalan yang ditunaikan itu tiada mempunyai roh dan tidak diterima.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya: "Allah tidak menerima amalan melainkan amalan yang dikerjakan dengan tulus dan ikhlas baginya dan bertujuan mendapat keredaanNya"
Dalam hubungan ini Hujjatul Islam Imam Ghazali ada berkata : "Manusia semuanya mati kecuali yang masih hidup adalah orang yang berilmu tetapi umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga adalah orang yang berilmu dan beramal. Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas tetapi ingatlah bahawa ikhlas itu berada di dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk"
Demikian caranya Imam Ghazali memberikan gambaran yang tepat terhadap sifat yang ikhlas itu dan kita harus yakin bahawa suatu amal yang dikerjakan dengan ikhlas ujudnya akan kukuh dan mestipun amal itu terpaksa juga tumbang kerana dilanda zaman tetapi kesannya tetap abadi. Oleh kerana itu sifat ikhlas di dalam beribadah amat penting dan dia merupakan senjata yang tidak luntur bagi menghadapi gangguan yang lahir dari syaitan sebagaimana
firman Allah S.W.T.
maksudnya: "Iblis berkata : "Wahai Tuhanku oleh sebab Engkau telah memutuskan aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang perbuatan baik (perbuatan maksiat) di muka bumi ini dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas (di antara mereka)." (Surah al-Hijr ayat 39-40)
Untuk dijadikan contoh mengenai ikhlas ini marilah kita meninjau satu riwayat cerita di dalam hadis Rasulullah S.W.T. yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah maksudnya :
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nekmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? "Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki. Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka"
Keempat : Mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah.
Asas penting dalam kehidupan seorang Mukmin adalah memiliki asas akhlak Islam yang mantap. Akhlak yang nampak lahir dalam kehidupan adalah berasaskan iman kepada Allah s.w.t. Tanpa iman yang kukuk tidak mungkin seseorang mampu melahirkan akhlak Islam dalam kehidupannya. Sifat mahmudah adalah peribadi seorang Mukmin yang memiliki akhlak Islam dan ianya lahir daripada satu proses tarbiyah Imaniah.
Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-
1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa yg telah dilakukan.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)
2. Takut kepada Allah (takwa)- Seseorang Mukmin itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah S.W.T.
Firman Allah maksudnya : “ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah S.W.T. ).”
( Surah Ali Imran ayat 102 )
3. Mahabbah (kasih sayang) sesama mukmin.
Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah s.a.w. meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : " Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari kiamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada mereka."(Hadis Riwayat Tirmizi)
4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu. Di dalam hati tidak ada kecintaan pada kehidupan di dunia.Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Firman Allah s.w.t bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa: 16-17)
5. Sabar. Bersabar dengan ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab"
(Surah az-Zumar: 10).
6. Syukur . Melahirkan rasa berterima kasih kepada nikmat Allah S.W.T. yang banyak diperolehi.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
7. Ikhlas dan benar. Melaksanakan sesuatu amalan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"
8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah S.W.T. setelah berazam, seterusnya diikuti dengan usaha.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."
(Surah al-Thalaq ayat 3).
9. Reda dengan Qadak dan Qadar.
Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".(Surah Al-Hadid ayat 22)
Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)
10. Mengingati mati - Merasai hidup di dunia ini adalah sementara dan di hari akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
Sabda Nabi S.A.W. bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.
Sifat-sifat mazmumah pula adalah berlawanan dengan sifat-sifat mahmudah maka perlulah ditinggalkan untuk menjadi mukmin yang diredai oleh Allah S.W.T.
Sahabat yang dikasihi Allah,
Marilah kita beramal dengan amalan-amalan yang membawa kita menuju jalan ke syurga Allah S.W.T. Jalan ke syurga Allah S.W.T. bukanlah mudah kerana perlu kepada pengorbanan dan istiqamah dan sanggup bersusah payah ketika di dunia ini. Bersusah payah sedikit di dunia adalah lebih baik daripada menderita berpanjangan ketika kita bertemu dengan Allah S.W.T. di hari akhirat nanti.
p/s credit to ustaz Abu Basyer
ASAL KEJADIAN IBLIS: MALAIKAT ATAU JIN?
Segala puji hanya milik Allah semata,
Iblis – semoga Allah melaknatnya – adalah dari jenis jin. Tidak pernah sehari pun dia pernah menjadi malaikat, bahkan walau sekejap matapun. Karana Malaikat adalah makluk mulia, tidak pernah berbuat maksiat dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Banyak sekali ayat-ayat suci Al-Qur'an yang menerangkan secara jelas bahwa Iblis adalah dari jenis Jin bukan dari jenis Malaikat.
Di antaranya adalah;
1- firman Allah Ta'ala:
( وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا لآِدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً ) الكهف / 50 .Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam!! Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. (QS. Al-Kahfi: 50)
2. Allah telah menjelaskan bahwa jin diciptakan dari api.
Dia berfirman:
"Dan Kami (Allah) ciptakan Jin sebelum (Adam) dari Api yang sangat panas " (QS. Al-Hijr: 27).
Allah juga berfirman:
"Dan Dia menciptakan Jin dari nyala api " (QS, Ar-Rahman: 15)
Dalam hadits shahih dari Aisyah R.A, dia berkata: Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)"(HR. Muslim dalam shahihnya, no. 2996, Ahmad no. 24668, Baihaqi di Sunan Kubro, no. 18207, dan Ibnu Hibban, no. 6155)
Maka di antara sifat Malaikat adalah diciptakan dari cahaya, sementara jin diciptakan dari api. Ayat-ayat Alqur'an telah menjelaskan bahwa Iblis –semoga Allah melaknatnya– diciptakan dari api. Di antaranya terungkap dari jawaban Iblis sendiri ketika Allah bertanya kepadanya sebab pembangkangannya untuk bersujud kepada Adam ketika diperintahkan untuk bersujud kepadanya. Dia (Iblis) berkata:
"Saya lebih baik dari dari dia (Adam), saya diciptakan dari api sementara dia diciptakan dari tanah" (QS. Al-A'raf: 12)
Dari ayat ini menunjukkan bahwa Iblis adalah dari jenis Jin
3. Allah telah mensifati Malaikat dalam Al-Qur’an Karim dalam firman-Nya: “Wahai Orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu. Di dalamnya ada para malaikat yang sangat keras, tidak pernah berbuat kemaksiatan terhadap perintah Allah dan senantiasa melaksanakan apa yang diperintahkannya" (QS. At-Tahrim: 6)
Di ayat lain Allah juga berfirman:
“Sebenarnya (Malaikat) adalah hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya" (QS. Al-Anbiya: 26–27)
Firman yang lainnya:
“Dan hanya kepada Allah apa-apa yang ada di langit, di bumi dari jenis binatang dan Malaikat, mereka bersujud dalam kondisi tidak sombong. Mereka takut kepada Tuhan-Nya yang di atas dan mengerjakan apa yang diperintahkan“ (QS. An-Nahl: 49 – 50)
Oleh karena itu tidak mungkin para Malaikat itu berbuat maksiat kepada Tuhannya sementara mereka maksum (terjaga) dari kesalahan dan mempunyai karakter berbuat ketaatan.
4. sementara Iblis bukan dari jenis Malaikat, sesungguhnya dia juga tidak dipaksa untuk taat, akan tetapi dia mempunyai pilihan sebagaimana kita kalangan manusia juga diberi pilihan.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberikan jalan, apakah dia bersyukur atau dia kufur".
Maka dari kalangan jin pun ada yang kafir dan ada yang muslim, sebagaimana Allah berfirman dalam surat Al-Jin:
“Katakanlah, diwahyukan kepadaku, bahwa ada segolongan jin mendengarkan (Al-Qur’an) kemudian mereka berkata: “Sesungguhnya kami mendengarkan Al-Qur’an yang sangat menakjubkan. Yang memberikan petunjuk kepada kebagusan sehingga kami beriman kepadanya dan tidak menyekutukan terhadap Tuhan kami sedikitpun juga“ (QS. Al-Jin: 1 -2)
Dan dalam surat yang sama jin juga berkata: “Dan sesungguhnya ketika kami mendengarkan petunjuk (Al-Qur’an) maka kami beriman. Dan barangsiapa yang beriman maka dia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut juga) akan penambahan dosa dan kesalahan. Dan di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada juga orang-orang yang menyimpang dari kebenaran…"
DOA MENGELAK GANGGUAN SYAITAN:
Maksudnya:
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih."
JALAN MENUJU MUKMIN
Jalan menuju mukmin itu 4 perkara. Iaitu Al-Quran, zikrullah(ingat Allah setiap masa), Hidayah (Al-Furqan) dan kitab-kitab.
Jadi yang pertama perbanyakkan membaca Al-Quran(belajarlah kefahaman bukan hanya belajar tajwid dan lagu) Dalilnya :
“…Sungguh telah datang padamu dari Allah, nuur (cahaya) dan kitab yang jelas dan menjelaskan” – (Al-Maidah :15)
“Dia lah Yang memasukkan ketenangan ke Dalam hati orang-orang Yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin”(Al-Fath:4)
Yang kedua ialah Zikrullah. Iaitu mengingati Allah (setiap masa). Bila hati sentiasa berzikrullah, Barulah Allah berikan hidayah;
“dan sesiapa Yang beriman(sentiasa mengingati) kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (Memberi hidayah); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui. (At-Taghaabun:11)
Dan Yang ketiga sampailah hidayah Allah atau Al-Furqan dan Dialah yang mengajar manusia menerusi hambanya yang dilantik untuk menyampaikan (iaitu Rasullullah) Dalilnya :
“dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang Yang lain dari mereka, Yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Jumaah:3)
“Dan tiada lah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman)” (Surah Al-Anbiyaa : 107)
Dan yang keempat adalah kitab-kitab pengajian tulisan ulama-ulama dan lain-lainnya.
Sampai-sampaikan dan Luruskan kembali jalan kita selama ini..insyaallah. Perbetulkan kembali saudara-saudara islam kita supaya sama-sama menjadi orang beriman. Kerana sekiranya tiada iman tidak bergunalah solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah yang lainnya. Ibadah-ibadah itu Allah wajibkan ketas orang-orang beriman, bukan orang islam kerana kalau ktia pandukan ayat Al-Quran suruhan beribadah kebanyakannya dimulakan dengan “Wahai orang-orang beriman” bukan “Wahai orang-orang islam”.
Sebab itulah Rasullullah mengajak sahabat-sahabat beriman dahulu selama 13 tahun, setelah itu barulah turun ayat-ayat menyuruh melakukan ibadah iaitu setelah sahabat-sahabat telah beriman. Tetapi kita hari ini tidak mahu melatih diri kita untuk beriman tetapi terus melakukan ibadah.
FITNAH AKHIR ZAMAN -Khalifah Iskandar-
“DENGAN NAMA ALLAH YANG AMAT PEMURAH LAGI AMAT PENGASIH'
WAHAI ORANG ISLAM!
KEMBALILAH KEPADA ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM DENGAN TAUBAT YANG BENAR. BERSIHKAN DIRIMU DARI DOSA DAN SIA-SIA. SUCIKANLAH HATIMU DARI AIB CELA DAN NAJIS-NAJIS SYIRIK. MAKA SUJUDLAH DIHADAPAN TUHANMU DENGAN HINA DAN KEFAKIRAN, DAN TANGISILAH DIRIMU SEBAB ENGKAU MASIH TERHALANG DARI TAUFIK DAN KEBENARAN. MOGA-MOGA ALLAH BERKENAN MENGHULURKAN RAHMATNYA KEPADAMU DAN MEMIMPIN TANGANMU KEPADA YANG BENAR.
DEMI TUHAN YANG NYAWA KU DIDALAM TANGANNYA!
SESUNGGUHNYA ZAMAN INI. KITA BERADA DIBAWAH LANGIT DAN BUMI KEMURKAAN TUHAN, TERKECUALI KITA MENDAPAT RAHMAT DAN PENGAMPUNAN ALLAH. PADA HARI INI SYIRIK TELAH MENGUASAI TAUHID, MAKSIAT TERLALU BANYAK DAN TAAT HANYA SEDIKIT, KEMUNAFIKAN BERMAHARAJALELA, PENDUSTAAN DAN BIDAAH AGAMA MERATA-RATA. KEJUJURAN DAN IKHLAS SUDAH TIADA, ORANG YANG BENAR-BENAR TAKUT PADA ALLAH HANYA SATU DALAM BERIBU-RIBU, AMANAH ALLAH TELAH DIKHIANATI DAN IBADAT SUDAH TIDAK DIPEDULIKAN LAGI. URUSAN DUNIAWI DIPANDANG TINGGI DAN AKHIRAT TERUS DILUPAI. MUFTI DAN KADI-KADI MABUK DENGAN GAJI YANG MENJADI TUHAN-TUHAN DUNIAWI. IMAM DAN BILAL SUDAH DIIKAT DENGAN WANG MAKA HILANGLAH TAKUT KEPADA ALLAH BERTUKAR BIMBANG DAN TAKUT KEPADA MAKHLUK.
PEREMPUAN-PEREMPUAN DI ZAMAN INI HILANG MALU DAN HARGA DIRI, PEREMPUAN-PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG (MEMAKAI KAIN, BAJU, SELUAR YANG KETAT DAN NIPIS). MEREKA TIDAK LAGI TAKUT KEPADA AZAB (LAKNAT) ALLAH! DAN TERCETUSLAH NAFSU LELAKI MENJADI BUAS DAN ZALIM. MAKA ROGOL DAN PEMBUNUHAN TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI, PENZINAAN DAN ZINA MATA MENJADI KEBIASAAN, MINUMAN ARAK MENJADI KEGEMARAN, JUDI DAN RIBA MENJADI KEMEGAHAN. LELAKI MENJADI PEREMPUAN DAN PEREMPUAN MENJADI LELAKI. DADAH DAN HIBURAN MENJADI PEMUJAAN, MAJALAH MENDEDAH TUBUH WANITA BEBAS DIJUAL MERATA TEMPAT DAN HASIL JUALANNYA DIBERI MAKAN KEPADA ANAK ISTERI. TEMPAT-TEMPAT PENGINAPAN YANG SULIT, RUMAH-RUMAH RAHSIA YANG GELAP, FILEM-FILEM YANG LUCAH, BAR DAN DISCO MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DAN PEMBELAAN.TV DAN SURAT KHABAR MENJADI RUJUKAN DAN KITAB-KITAB MEREKA DAN RUMAH-RUMAH KEDIAMAN MEREKA TELAH MENJADI PANGGUNG-PANGGUNG WAYANG, DAN ALIM-ULAMAK TIDAK BERANI MEMBERI FATWA MENGENAI TV DAN FILEM-FILEM YANG BERCANGGAH DENGAN HUKUM SYARAK KERANA HENDAK MENJAGA HATI ORANG RAMAI.
MASJID DAN SURAU TIDAK LAGI MENJADI TEMPAT MENDEKATI DIRI KEPADA TUHAN TETAPI MENJADI TEMPAT PEREBUTAN PANGKAT DAN KEMASYHURAN. PERMAINAN DAN PEKERJAAN MENJADI LEBIH UTAMA DARI IBADAT, SEMBAHYANG DAN PUASA SUDAH MENJADI ADAT BUKAN LAGI IBADAT. AKHLAK MEREKA SEMAKIN ROSAK, SEGALA YANG MEREKA HENDAK BUAT SEMUANYA BOLEH BELAKA, TIDAK ADA SESIAPA YANG BERANI MENYEKAT ATAU MENGATAKAN HARAM DAN HALAL. RAJA DAN PENGUASA SUDAH TIDAK PEDULI KEPADA AMANAH ALLAH, PEJABAT AGAMA SUDAH MENJADI TOPENG DAN BONEKA PARA PENGUASA NEGERI. POLIS DAN TENTERA MENJADI ALAT KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM, YANG TIDAK MENGIKUT PETUNJUK AGAMA. MASJID-MASJID HANYA TINGGAL JASAD-JASAD YANG HATI MEREKA TIADA TAKWA, DAN KETIKA ITU YANG PALING JAHAT IALAH ORANG ALIM, DARIPADANYA DATANG FITNAH DAN KEPADANYA KEMBALI FITNAH ITU.
MIMBAR-MIMBAR MASJID SUDAH DICEMARI OLEH DAKI-DAKI DUNIA DAN DEBU-DEBU SYIRIK DAN AL-QURAN TELAH DIPENJARAKAN DIDALAM MASJID-MASJID.
PADA HARI INI RAMAI ORANG YANG FASIH LIDAHNYA TETAPI BUTA HATINYA. ORANG YANG JAHIL DENGAN ISLAM TERUS DALAM KEJAHILAN, TIDAK MAHU BELAJAR AGAMA DAN MEMBAIKI DIRI. ORANG YANG BERILMU TERPENGARUH DENGAN KEDUNIAAN DAN HATI MEREKA TELAH MENJADI BUTA. MENJADI ALAT KEPADA MAKHLUK DAN BERPALING DARIPADA TUHAN! ALIM ULAMAK DIAM MEMBISU MASING-MASING MENJAGA KEPENTINGAN DIRI TAKUT HILANG GAJI DAN PENCEN. ALIM DUSTA SEMAKIN RAMAI YANG MENJADI LIDAH-LIDAH KEBATILAN, BAGAIKAN LALAT-LALAT YANG BEREBUT-REBUT MENGHINGGAPI DAN MENGHIDU NAJIS YANG BUSUK DAN AKHIRNYA TERTIMBUS DIDALAM NAJIS ITU.
ORANG ALIM DIAKHIR ZAMAN AGAMA DIJADIKAN ALAT CARI MAKAN DAN YANG PALING JAHAT MENJADI ALAT MELAWAN TUHAN, MEREKA SEPERTI LEMBU-LEMBU YANG DICUCUK HIDUNGNYA DENGAN TALI DAN DITARIK SESUKA HATI! PAKAIAN SUNAH MENJADI DAGANG DALAM NEGERI SENDIRI, DAN ALIM ULAMAK MODEN LEBIH KASIH MENIRU PAKAIAN BARAT YANG MENJADI MUSUH KEPADA ISLAM. GOLONGAN YANG BERJUANG ISLAM PUN MASIH TAKUT DAN BIMBANG KERANA MEREKA BERGANTUNG REZEKI PADA TANGAN MAKHLUK, DAN TIDAK YAKIN REZEKI DALAM TANGAN TUHAN! DAN MENYEBABKAN FATWA AGAMANYA MENJADI LONGGAR DAN BERBALIK-BALIK DITIPU NAFSU DIRI KERANA TAKUT TERLUCUT HABUAN DUNIA DARI TANGAN! RAHSIA ZIKIR NAFI-ISBAT (ZIKIR KUAT) SUDAH TIDAK DIFAHAMI OLEH ULAMAK AKHIR ZAMAN KERANA DUNIA TELAH BERTAKHTA DALAM HATINYA DAN TIADA SIFAT MERENDAH DIRI. GOLONGAN THARIKAT TERUMBANG-AMBING TANPA NASIHAT DAN PIMPINAN MURSHID YANG BENAR DARI TUHAN. MURSHID YANG BENAR ADA TETAPI SUKAR DIKENALI, DAN DITUDUNG PULA OLEH ALIM-ULAMAK DUNIA YANG BIMBANG PENGARUHNYA AKAN HILANG. JALAN TASAUF SEDIKIT PENGIKUT TETAPI BANYAK FITNAH, ORANG BERJALANPUN JARANG YANG SAMPAI, YANG BENAR ADA TETAPI AMATLAH JARANG, MENJADI MUSUH KEPADA ULAMAK YANG TERHIJAB DENGAN TUHAN. JAGA-JAGA! AHLI TASAUF TIRUAN RAMAI TETAPI KEBANYAKANNYA MENGAMBIL KESEMPATAN DUIT DAN PEREMPUAN, MERABA-RABA HAL KETUHANAN DIDALAM GELAP TANPA HIDAYAT DARIPADA TUHAN DAN AKHIRNYA TERGELINCIR KAKI DAN TERSESATLAH JALAN.
IMAN SEMAKIN NIPIS, JANJI TUHAN MENJADI KERAGUAN DIDALAM DIRI DAN BALA TUHAN TIDAK DIPEDULIKAN LAGI. CINTA DUNIA, CINTA HARTA-BENDA, CINTA PANGKAT DAN CINTA KEBESARAN DAN LUPA MATI TELAH MELANDA MASYARAKAT. TAMAK, DENGKI, IRIHATI, FITNAH-MEMFITNAH, KHIANAT-MENGKHIANATI, MEGAH, SOMBONG, LUPA DIRI DAN LUPA TUHAN TELAH MENJADI SEPERTI KUMAN-KUMAN YANG TELAH MEREBAK DIKOTA DAN DIDESA. SUAMI-SUAMI MENJADI DAYUS DAN TIDAK MENDIDIK ANAK-ANAK DAN ISTERI KEPADA JALAN TAKWA, ISTERI-ISTERI MENJADI JARI TELUNJUK DALAM RUMAH-TANGGA DAN RAMAI ISTERI YANG DERHAKA KEPADA SUAMI. ORANG TUA TIDAK LAGI MENGASIHI GOLONGAN MUDA DAN GOLONGAN MUDA TIDAK LAGI MENGHORMATI ORANG TUA. DAN TUGAS NASIHAT-MENASIHATI SUDAH TIDAK DIAMALKAN LAGI. JALAN DUNIA DIPERLUASKAN DAN RAMAI TEMAN TAULAN, JALAN AKHIRAT DISEMPITKAN, DIKAMBUS DAN TIADA TEMAN TAULAN.
SEMUA BERADA DIATAS JALAN MENAIKI KENDERAAN SATU CITA-CITA SATU TUJUAN, MENCARI KEPENTINGAN DUNIA DAN KEBENDAAN, INILAH KEBANYAKAN ORANG DIAKHIR ZAMAN, DUSTA, TIPU DAN BELIT JADI PERMAINAN ASALKAN MENDAPAT WANG, MEREKA TIDAK LAGI TAKUT KEPADA AZAB TUHAN. HUKUM-HAKAM TUHAN DIKETEPIKAN, ORANG YANG BENAR DIHINA DAN DICELA, ORANG YANG DUSTA DIPUJA-PUJA. BENAR DAN SALAH TIDAK DAPAT DIBEZAKAN LAGI KERANA TELAH BUTA MATA DI DALAM DADA, INILAH TANDA ORANG YANG DUSTA DALAM IMAN! MANUSIA RAMAI YANG MENJADI SEPERTI HAIWAN HIDUP MAKAN-MINUM SIANG DAN MALAM. HAWA NAFSU MENJADI TUHAN, IMAN TELAH TERCABUT DAN AKAL NURANI SUDAH PADAM DAN MENJADI ROSAK. PEMUDA-PEMUDA TIDAK SAYANGKAN NYAWANYA, BERLUMBA-LUMBA MOTORSIKAL DAN KERETA DI TENGAH JALAN RAYA SEPERTI DI RASUK OLEH SYAITAN. MUDA MUDI BEBAS BERKELIARAN MEMUASKAN NAFSU SYAHWAT KEBINATANGAN, WANITA ZAMAN INI TIDAK PEDULI LAGI BATAS-BATAS AURAT DAN PERGAULAN, MEREKA MENJADI SENJATA-SENJATA SYAITAN BERPAKAIAN SEPERTI PELACUR BERMEGAH-MEGAH DIJALANAN DAN DITEMPAT MEMBELI-BELAH. ANAK-ANAK RAMAI YANG DERHAKA KEPADA IBU-BAPA DAN IBU-BAPA PUN RAMAI YANG DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASUL.
NASIHAT BENAR TIDAK DIDENGARI DAN AMARAN LANGIT TIDAK DIPEDULI LAGI. BATAS-BATAS ISLAM SUDAH PECAH DAN BANJIR KEKUFURAN MELANDA NEGERI (ALLAH! ALLAH! ALLAH!). AJARAN NABI BANYAK YANG SUDAH DIBUANG DAN DITAMBAHI, SUNNAH NABI TELAH DITINGGALKAN, TUHAN HANYALAH TINGGAL NAMANYA SAHAJA, BUKAN LAGI YANG DIPUJA, YANG DISEMBAHI DAN DITAATI! ROH IMANNYA TELAH MATI DAN HANYA JASAD YANG MENUNGGU MAUT. ISLAM HANYA TINGGAL NAMANYA SAHAJA, AL-QURAN HANYA TINGGAL HURUF-HURUFNYA SAHAJA. ZAMAN INI RAMAI MANUSIA TELAH BERPALING DARIPADA ALLAH DAN BERHADAP KEPADA MAKHLUK! HANYA SEDIKIT ORANG YANG HATINYA RINDU KEPADA AKHIRAT, DAN AMAT SEDIKIT ORANG YANG DAPAT MERASAI KELAZATAN, KECINTAAN DAN KERINDUAN KEPADA ALLAH. APATAH LAGI MENGENALI ALLAH, TUHAN PENCIPTA SEKALIAN ALAM. MANUSIA DIZAMAN INI TAMAK DAN HALOBA DENGAN NIKMAT ALLAH TETAPI MEREKA TIDAK MAHU TAAT KEPADA ALLAH. MANUSIA DIZAMAN INI MENGETAHUI ALLAH ADA, TETAPI MEREKA TIDAK MAHU MENGENAL ALLAH DAN BERHADAP KEPADA ALLAH. MEREKA MENYEMBAH ALLAH TETAPI TIDAK BERUSAHA MENGENAL ALLAH. ALANGKAH MARAHNYA ALLAH! TIDAKKAH MEREKA TAHU BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG WUJUD DI DALAM ALAM INI! MANUSIA DI ZAMAN INI RAMAI YANG TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH, REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA MEREKA, MEREKA ANGGAP DARI USAHA MEREKA SENDIRI DAN DARI-CERDIK PANDAI MEREKA. BARANGSIAPA YANG TIDAK TURUT PERINTAH ALLAH, TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH DAN TIDAK RIDHA BARANG YANG ALLAH TAKDIRKAN KEPADANYA, MAKA CARILAH TUHAN YANG LAIN DARIPADA ALLAH DAN JANGANLAH DUDUK DIDALAM DUNIA ALLAH INI!
WAHAI ORANG ISLAM YANG MASIH HIDUP HATINYA! SEBARKANLAH, TIUPKANLAH DAN NYALAKANLAH SEMULA ROH ‘JIHAD’ DIDALAM DIRIMU, INSYAALLAH ISLAM AKAN BERSINAR KEMBALI. INILAH FITNAH DI AKHIR ZAMAN. MAKA TUNGGULAH! TUNGGULAH! “PERANG’ DARI TUHAN MAHARAJA MAHA PERKASA! FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD. DAN JANGAN PULA KHIANAT TERHADAP BARANG YANG DIAMANAHKAN KEPADA KAMU SEDANG KAMU MENGETAHUI”. DAN MOGA-MOGA KAMI DAN KAMU DISELAMATKAN OLEH ALLAH DARIPADA KESESATAN …… amin
KHALIFAH ISKANDAR
25 Pesanan Lukman Al- Hakim
# Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
# Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
# Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
# Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
# Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
# Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
# Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
# Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
# Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
# Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
# Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
# Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
# Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
# Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
# Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
# Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
# Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
# Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
# Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
# Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
# Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
# Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
# Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
# Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
# Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.









