KHALIFAH ISKANDAR

welcome

DENGAN NAMA ALLAH, AKU BERLINDUNG,MEMOHON KEBERKATAN. DENGAN NAMA ALLAH AKU MEMOHON PERTOLONGAN,KEMENANGAN,KURNIA DAN TEMPAT AKU MENYANDAR,BERSERAH,BERPEGANG . DGAN NAMA ALLAH AKU TENGELAMKAN DIRIKU,JIHADKU DAN KESUNGGUHANKU,TIADA UPAYA (DARIPADA MENGELAK MAKSIAT) DAN TIADA UPAYA (MENGERJAKAN TAAT)MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA AGUNG. DENGAN NAMA ALLAH AKU MULAKAN DAN AKU AKHIRI SEGALANYA. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Takut Kepada Allah SWT


Tersebut dalam hadis,dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda:
''Sesungguhnya Allah meciptakan Malaikat.sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur, yang sebelah lagi mencapai bumi sebelah barat. Kepalanya di bawah arasy dan kedua kakinya didasar bumi ketujuh, Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaKu, maka Allah memerintahkan malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah arasy. Malaikat yang menyelam itukemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu meniti setitis Nur. daripada setiap titisan itu Allah mnjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat''
 Sesetengah hukama mengatakan, 
"Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan JASAD terletak pada sedikitnya MAKAN. keselamatan ROH pada sedikitnya DOSA. Dan keselamatan AGAMA terletak pada membaca SELAWAT kepada 'Khairil Anam'(Muhammad SAW)
Allah SWT berfirman:
     Ertinya: ''Wahai orang-orang beriman, takutlah kepada Allah! dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."       (Q.S. Al Hasyr:18)
      Sesungguhnya malaikat, langit, bumi, siang dan malam.Pada hari kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh  manusia. Baik atau buruk, taat atau maksiat. Bahkan, seluruh anggota badan akan mempersaksikanya. Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata,'' dia telah bersolat, berpuasa, berhaji, dan berjihad keatasku.'' maka legalah orang mukmin dan zahid itu, Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata, ''Di atasku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan makan haram,'' Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

       Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badanya. sebagaimana Abu-Laits tlah berkata:
    ''Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara."

1. Pada lisannya. Dia memindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, bebual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-quran dan muzakaah ilmu.

2. Pada Hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:
''Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana ap membakar kayu''
ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. tidak ada ubat untuk penyakit hati selain ILMU dan AMAL.

3. Pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. tidak pula terpikat pada dunia. tetapi memandangnya gengan mengambil iktibar. rasulullah SAW bersabda :
     ''Barangsiapa memenuhi mataya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat"
4. Pada Perutnya. maka perutnya tidak diisi barang yang haram. sebagaimana Nabi bersabda:
''Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka.''
5. Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. tetapi hanya menggunakan untuk taat kepada Allah.
  dirawikan daripad ka'ab Akhbar, dia berkata:
  ''Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari Zabarjud hijau. didalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah''
6. Pada langkah(kakinya). dia tidak berjalan utuk maksiat. tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya  serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-oran soleh.


7. Terlihat pada ketaatanyan. dia menjadikan ketaatanya semata-mata untuk mencari keredhaan allah. takut pasa riak dan munafik.
  
barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang di katakan oleh Allah SWT:
ertinya" sesungguhnya orang-orang yang bertakwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)''                     (Q.S Al-Hijr: 45)


    Dan seharusnya seorang mukmin harus berada diantara rasa takut dan berharap. dia harus sentiasa menharapkan rahmat Allah. tidak berputus asa mengharapkanya. sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
     ''jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah''     (Q.S Asy Syura: 28)
 


















































    








0 comments:

Post a Comment